Tuesday, October 23, 2007

Projek CME (Sivik dan Pendidikan Moral)

Seperti yang telah saya katakan pada hari Isnin, kamu semua perlu melaksanakan projek CME. Tajuk projek kamu ialah 'KENANGAN MANIS DI SEKOLAH RENDAH TEMASEK'.

Kamu perlu menggunakan powerpoint untuk tugasan kamu ini. Jangan risau tentang gambar-gambar. Kamu boleh masukkan gambar-gambar ke dalam powerpoint kamu apabila saya pulang ke sekolah nanti. Di bawah adalah perkara-perkara yang mesti ada dalam powerpoint kamu.

1) Perkara yang kamu tidak boleh lupakan yang pernah berlaku di sekolah (boleh perkara yang melucukan, sedih dan lain-lain lagi.)

2) Subjek yang kamu gemari dan kenapa

3) Guru-guru yang kamu gemari dan kenapa

4) Rakan-rakan yang kamu gemari dan kenapa

5) Kawasan sekolah yang kamu gemari dan kenapa


Saya harap kamu dapat menyelesaikan kelima-lima perkara ini pada hari ini. Kamu boleh save projek kamu di komputer yang kamu yang kamu gunakan. Pastikan kamu ingat di mana kamu save-nya.

Ini adalah suatu pertandingan kumpulan. Setiap kumpulan tidak boleh melebihi 5 orang. Hadiah akan diberi kepada 3 kumpulan yang terbaik.

Selamat melaksanakan tugas.