Sunday, November 11, 2007

Pembayang untuk meneka nama watak-watak dalam cerita rakyat

Watak 1

Ø Watak dalam cerita ini memakai pakaian kertas
Ø Dia suka menyabung ayam

Watak 2

Ø Watak ini telah dihukum raja kerana dia mentertawakan raja yang berkepala botak

Watak 3

Ø Dia seorang wira Melayu
Ø Saudaranya bernama Hang Jebat
Ø Memiliki keris Taming Sari

Watak 4

Ø Watak ini pada asalnya seorang yang miskin tetapi setelah bekerja keras, dia menjadi kaya
Ø Berkahwin dengan puteri raja

Watak 5

Ø Memakan muntah
Ø Wira yang kuat

Watak 6

Ø Mempunyai seorang isteri
Ø Seorang lelaki yang bodoh
Ø Membeli sabit apabila disuruh membeli seekor kerbau

Watak 7

Ø Dibunuh oleh raja
Ø Seorang budak yang pintar
Ø Darahnya mengalir turun di sebuah bukit

Watak 8

Ø Seorang yang bijak
Ø Dapat membuat seekor kambing Sultan Harun Ar-rasyid kurus dan seekor lagi gemuk dengan menggunakan kepintarannya

Watak 9

Ø Seekor haiwan
Ø Menggunakan kepintarannya untuk menipu ataupun menolong haiwan lain

Watak 10

Ø Telah dituduh dan kemudiannya dihukum bunuh
Ø Menjatuhkan sumpah ke atas Pulau Langkawi

No comments: